Seramai 11 anggota polis Perak ditahan selepas dikesan terbabit dalam aktiviti penyalahgunaan dadah selepas kesemuanya gagal dalam ujian saringan air kencing, pada Rabu. <br /><br />Menurut Ketua Polis Perak, Datuk Mior Faridalathrash Wahid 11 anggota berkenaan dikesan hasil pemeriksaan secara rambang terhadap 56 anggota dari dua Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) di negeri itu.